Tuesday, February 8, 2011

Sebenarnya post ni more pada team bolasepak kebangsaan kita,yg digelar "Harimau Malaya".Rasanya semua orang tahu,team kebangsaan kita menang piala AFF Suzuki 2010,29 Disember 2010 yg lepas.(kalau tak tahu baik jgn duduk Malaysia,g duduk Indon).Mula2 tournament tu dulu,team kita kena bantai dulu cukup2 dengan team Indon.Bila je team kita layak masuk separuh akhir,mesti semua suka+terkejut.Sebenarnya,team kebangsaan kita mmg bagus.Player team kebangsaan kita semua talented,cuma kurang pengalaman and training faciities kita bukan mcm kt luar negara.Hal yg ni,tolak tepi dulu.Yg penting kalau nk tau sbenarnya team negara kita ni dulu kurang dapat sokongan.Kebanyakan orang kita,cuma nak team kita menang,tapi tak nak bagi sokongan.Mcm mana la nak menang kan.Sebenarnya sokongan kita ni antara main factor yg tentukan corak permainan satu team tu.Lagi2 yg sokong dekat stadium.Kalau tgk kat tv,penyokong kt stadium mcm tak ada buat apa je kan.Kalau nk tahu,kt stadium tu penyokong yg buat player semangat.Rase2 mcm tak caya jugak,try la pegi tgk stadium.Sbb dlu,aku sendiri rasa mcm membazir je nak pergi stadium.Baik tengok kt rumah,sambil makan jajan.Tp masa semi final AFF hari tu,membe aku sibuk dok ajak tgk kt stadium.Akhirnya pergi jugak.Ni nk selitkan sikit gamba,
                                    Masa ni,baru lepas beli tiket.Abaikan seluar kt belakang tu ye.hehe

Ni pulak antara gambar kitorang dekat Stadium Bukit Jalil



Masa ni Semi Final 1st leg Malaysia vs Vietnam,team kita menang 2-0.Memang meriah tengok bola dekat stadium.Rasanya kali ni,ramai giler org datang sokong team kita.Penyokong lm stadium tak henti2 menyanyi,sorak utk team kita.Sebab tu lah kita menang.Player jadi semangat bila nampak kita sokong diorang.Sebenarnya player kita ni sebelum ni,tak nampak untuk apa,diorang kena menang.Sekarang ni,bila diorang tahu yg kita bagi sokongan,baru lah player kite ni tahu untuk apa diorang kena menang.Time ni la baru org kenal siapa Safee Sali,siapa Khairul Fahmi,siapa Safiq Rahim and yg lain2 tu.Aku ckp ni bukan apa,sebab aku mengaku,lepas aku pergi tengok match ni baru lah aku kenal player2 kebangsaan kita ni.And lepas aku pegi tgk match ni jugak la,aku semangat nak sokong team kebangsaan kita.Okay,sekarang tutup cerita yg ni,aku cerita pulak bnd lepas "Harimau Malaya" menang piala AFF suzuki ni.Korang tau x,baru2 ni team kebangsaan kita ada buat friendly lawan team Hong Kong?Masa friendly ni ada benda yg buat some part of penyokong kita marah.Sebabnya,bace petikan kat bawah ni ye..

“Saya tidak mahu pembakaran mercun atau ‘flare’ ini menyebabkan tragedi dan selepas itu orang ramai takut pula untuk ke stadium. Kita juga tidak mahu penonton kita menjadi seperti apa yang pernah berlaku di Eropah suatu masa dulu apabila ramai peminat hilang rasional semasa menyaksikan perlawanan bola sepak" - Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan.


Sebanarnya kalau kita baca,memang mcm tak ada apa2.Tapi Menteri Belia dan Sukan ni,ada kata yang penyokong kita dekat stadium ni 'pengacau bola sepak' sebab baling mercun dan botol.Memang sebelum ni,pernah jadi mcm tu,sbb penyokong fanatik dengan team kebangsaan kita.Tapi,sebelum beliau ckp mcm tu,beliau kena fikir jugak kenapa penyokong buat mcm tu.Mmg la nmpk teruk,bila penyokong kita buat mcm tu tapi kalau tak ada penyokong fanatik ni yg tak henti2 bagi semangat dekat team kita,siapa lagi yg akan buat mcm tu?Aku dapat tahu semua ni pun bukan lah sebab aku pegi mase tu,tapi terbace satu blog ni yg aku rasa antara ahli kelab penyokong team kebangsaan kita,'Ultras Malaya".Kalau nk tau lagi psl kelab ni,try klik dekat link ni.


Mane lah diorang ni tak marah,ahli-ahli penyokong kelab ni,datang bukannya semua dari KL ke ape,yg datang tu,dari jauh,yg dari Kedah,Johor,Kelantan and boleh kata dari semua negeri dekat negara kita ni.Cuba bayangkan,kalau tak ada nya penyokong yg fanatik mcm ni,rase2 nya stadium tu penuh dengan kerusi kosong je.Game tu dah la hari rabu,hari orang bekerja.Ada yg sanggup cuti kerja,dan ada yg sanggup ponteng kelas semata mata nk sokong team kebangsaan kita ni.Yg jadi persoalannya sekarang,ada ke Shabery Chik ni datang sokong team kita dekat stadium?Mase team kita main piala AFF tu ada ke dia tunjukkan sokongan dia?walhal dia Menteri Belia dan Sukan.Dia sibuk suruh kita sokong dan bagi semangat dekat team kebangsaan tapi dia cuma bagi semangat dengan bagi ganjaran kalau menang.Duit mmg antara apa yg player kita nak.tapi sokongan moral yg player kita perlukan sbenarnya..Tapi kita kena respect PM kita sebab sanggup duduk dekat Bukit Bintang tengok sama2 dengan rakyat masa piala AFF suzuki yg lepas.Menteri Belia dan Sukan ke mana?pergi tengok game EPL ke?Tak kesah lagi la sebenarnya kalau dia tak datang bagi sokongan,tapi dia boleh pulak ckp penyokong kita yg bakar flare tu semua 'pengacau bola sepak'.Rasa2 nya kalau diorang ni pengacau bola sepak,Safee Sali tak buat mcm ni..Sila  tengok video ye..

Safee Sali siap pergi kat penyokong tunjuk how much dia appreciate penyokong..Kalau dah player sendiri appreciate apa yg penyokong buat,apa lagi yg nak di kata?Apa2 pun sgt respect la kat ahli Ultras Malaya,korang memang bantu hidupkan blk semangat bola sepak tempatan.Harap2 lepas ni pasukan kebangsaan kita akan terus maju jaya.Kalah menang kita tetap sokong. "Harimau Malaya" pasukan kita,tak ada siapa lagi yg akan sokong kalau bukan kita.

No comments:

Post a Comment