Thursday, February 10, 2011

Mana arah tuju politik negara kita?

Okay,tajuk pun dah ada tanda soal kan.So,post ni mmg byk giler persoalan.First,nak cerita mcm mana blh tiba2 rasa nk tulis post mcm ni.Benda ni jadi dekat coffee house,(owned by family).Ada satu hari ni,org politik buat function,ntah ada meeting ape la kan,tp tu tak penting la.,sampai2 je org politik tu dekat coffee house ,tiba2 ada seorang Encik Politik ni tanya, 'ashstray ada?'padahal dia dah tahu dah tempat tu mmg tak boleh hisap rokok.Tempat tertutup,fully aircond siap ada tanda ni lagi ha..
Tak tahu la pulak kalau dia tak pandai baca ke or mata dah betul2 masalah..Tp tu okay la lagi,lps tu staff kt situ pun bgtau la,'maaf encik,sini non-smoking area,bos xkasi customer hisap rokok dekat sini'.Lps tu Encik Politik ni pun balas balik,'lantak bos kau lah.'.Dia pun dengan belagaknya hisap rokok dekat situ,hisap rokok pun,rokok ni,
Rokok seludup ni kawan2..Tak kesah la murah ke mahal kan, kerajaan punya la banteras rokok seludup.Polis sibuk rush kedai yg jual rokok2 cmni, tapi orang politik ni sendiri yg beli rokok seludup.Ni bukan nk mencari salah orang,tapi sebenarnya risau.Bukan apa,awak tu ahli politik,tak kira lah orang atasan ke,orang bawahan ke,tapi once dah join politik maknanya memang nak terlibat dalam pucuk pimpinan negara.Mcm mana,nak bangunkan negara,kalau diri sendiri pun tak betul?Mcm mana nak jadi contoh pada masyarakat kalau diri sendiri pun tak boleh nak patuh undang2 yg senang mcm tu?Ni baru yg nampak depan mata,yg jadi belakang masyarakat ni apa pulak?rasuah tu mmg dah tentu la.Entah apa lagi yg ahli2 politik ni buat.Mmg betul,tak semua ahli politik mcm tu.Ada yg betul2 nk bangunkan negara,bantu rakyat,bagi kemudahan dekat rakyat.Tapi,rasa2 nya mcm 3/4 ahli politik ni yg lagi pentingkan diri sendiri daripada pentingkan rakyat.Mmg la,kalau kita tengok politik negara lain pun lebih kurang je dengan kita,tapi kita tengok lah negara jiran kita,singapura.Rakyat negara tu,patuh undang2,nak buang sampah merata rata pun takut.Sebab apa?Rakyat negara tu hormat pada undang2.Kenapa rakyat hormat undang2 negara?sbb rakyat hormat pemimpin.Kenapa rakyat boleh hormat pemimpin?Sebab pemimpin tunjukkn contoh baik dan jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin,membangunkan negara..Mungkin lah ada jugak kekurangan dalam pimpinan negara tu,tp why not kita amik contoh yg baik?Negara kita buat undang2 mcm mana sekalipun,tapi kalau org yg memimpin kita sendiri tak tunjuk contoh yg baik,mcm mana rakyat nk patuh undang2.Ni bukan nk membangkang ke or mengkritik pucuk pimpinan kita.Tidak sama sekali.Mmg kita bertuah sgt2 sbb negara kita aman damai,tak ada perang sana perang sini.Cukup semuanya.Yg bahagian tu mmg dah bagus,tapi kalau ahli2 politik yg memimpin kita ni tak betul,boleh ke negara kita ni  bersaing dengan negara2 maju lain.Boleh ke negara kita capai status negara maju tahun 2020 nanti..Bukan nya tak bersyukur dgn apa yg negara kita ada,cuma sampai bila kita nak dipandang rendah?Orang barat,pandang rendah dekat orang asia,Kenapa?Sbb bila2 masa je kalau nak,dia boleh pijak kita.Tapi,diorang xpandang rendah dekat negara Jepun.Sebab,Jepun boleh jadi negara maju,setaraf dengan negara barat,even Hiroshima pernah musnah kena serang bom atom oleh Tentera Berikat masa 6 Ogos 1945 dulu.Sebab tu lah mantan Perdana Menteri kita,Tun Dr Mahathir mengasaskan 'Dasar pandang ke timur'(Jepun).Kenapa wujudnya asas ni?Cuba fikir,Jepun pun negara asia jugak,wilayah Jepun pun lagi besar dari negara kita,negara Jepun pun pernah musnah.Tapi sekarang negara Jepun antara negara yg paling maju di dunia.Kenapa orang Jepun boleh maju,tapi kita tak boleh?Asasnya semua dari pucuk pimpinan.Mungkin kita tak boleh lah nak salahkan pemimpin kita 100%,mungkin rakyat pun mainkan peranan.Tapi,sebelum rakyat mainkan peranan,pemimpin yg kena mainkan peranan penting.Pemimpin kena la tunjuk kan contoh yg betul,barulah rakyat hormat dan ikut ckp pemimpin.Baru lah negara kita boleh berkembang.Tanggungjawab pemimpin ni terlalu besar,sebab tu la tak ada diploma or ijazah utk jadi pemimpin.Sebab bukan semua org blh jadi pemimpin negara.Orang yg betul2 ada pendidikan dan tanggungjawab je blh jadi pemimpin.Masa pilihanraya,kita pergi undi,pangkah sana pangkah sini ,untuk pilih pemimpin.Tapi kita tahu ke yg dia boleh memimpin kita?Kita cuma pangkah nama calon yg dah sedia ada je.Kita memilih utk orang yg kita terpaksa pilih.Nama calon yg ada masa kita mengundi betul2 ke layak?Atau sebenarnya ada yg lagi layak?Mungkin aa calon yg sebenarnya lagi layak.Tapi di sebab kan orang tu,tak pengaruh ahli2 politik lain dengan projek dan duit,sebab tu dia xlayak jadi wakil parti?Sebab tu ahli parti tak sokong dia,so dia terus tak layak jadi wakil parti.Padahal,mungkin dia betul2 nak memimpin dengan cara yg betul.Kita pula cuma pangkah nama yg dah sedia ada.Tapi kita seniri tak tahu sebenarnya betul ke calon yg ada tu betul2 layak..Hentikan politik wang.Hentikan politik rasuah.Hentikan cakap kosong.InsyAllah negara kita akan berkembang maju.Sayangkan negara,sayangkan bangsa.Bukan janji yg diharapkan,tapi tanggungjawab yg terlaksana'.Tanah Tumpahnya Darahku.

Tuesday, February 8, 2011

Sebenarnya post ni more pada team bolasepak kebangsaan kita,yg digelar "Harimau Malaya".Rasanya semua orang tahu,team kebangsaan kita menang piala AFF Suzuki 2010,29 Disember 2010 yg lepas.(kalau tak tahu baik jgn duduk Malaysia,g duduk Indon).Mula2 tournament tu dulu,team kita kena bantai dulu cukup2 dengan team Indon.Bila je team kita layak masuk separuh akhir,mesti semua suka+terkejut.Sebenarnya,team kebangsaan kita mmg bagus.Player team kebangsaan kita semua talented,cuma kurang pengalaman and training faciities kita bukan mcm kt luar negara.Hal yg ni,tolak tepi dulu.Yg penting kalau nk tau sbenarnya team negara kita ni dulu kurang dapat sokongan.Kebanyakan orang kita,cuma nak team kita menang,tapi tak nak bagi sokongan.Mcm mana la nak menang kan.Sebenarnya sokongan kita ni antara main factor yg tentukan corak permainan satu team tu.Lagi2 yg sokong dekat stadium.Kalau tgk kat tv,penyokong kt stadium mcm tak ada buat apa je kan.Kalau nk tahu,kt stadium tu penyokong yg buat player semangat.Rase2 mcm tak caya jugak,try la pegi tgk stadium.Sbb dlu,aku sendiri rasa mcm membazir je nak pergi stadium.Baik tengok kt rumah,sambil makan jajan.Tp masa semi final AFF hari tu,membe aku sibuk dok ajak tgk kt stadium.Akhirnya pergi jugak.Ni nk selitkan sikit gamba,
                                    Masa ni,baru lepas beli tiket.Abaikan seluar kt belakang tu ye.hehe

Ni pulak antara gambar kitorang dekat Stadium Bukit Jalil



Masa ni Semi Final 1st leg Malaysia vs Vietnam,team kita menang 2-0.Memang meriah tengok bola dekat stadium.Rasanya kali ni,ramai giler org datang sokong team kita.Penyokong lm stadium tak henti2 menyanyi,sorak utk team kita.Sebab tu lah kita menang.Player jadi semangat bila nampak kita sokong diorang.Sebenarnya player kita ni sebelum ni,tak nampak untuk apa,diorang kena menang.Sekarang ni,bila diorang tahu yg kita bagi sokongan,baru lah player kite ni tahu untuk apa diorang kena menang.Time ni la baru org kenal siapa Safee Sali,siapa Khairul Fahmi,siapa Safiq Rahim and yg lain2 tu.Aku ckp ni bukan apa,sebab aku mengaku,lepas aku pergi tengok match ni baru lah aku kenal player2 kebangsaan kita ni.And lepas aku pegi tgk match ni jugak la,aku semangat nak sokong team kebangsaan kita.Okay,sekarang tutup cerita yg ni,aku cerita pulak bnd lepas "Harimau Malaya" menang piala AFF suzuki ni.Korang tau x,baru2 ni team kebangsaan kita ada buat friendly lawan team Hong Kong?Masa friendly ni ada benda yg buat some part of penyokong kita marah.Sebabnya,bace petikan kat bawah ni ye..

“Saya tidak mahu pembakaran mercun atau ‘flare’ ini menyebabkan tragedi dan selepas itu orang ramai takut pula untuk ke stadium. Kita juga tidak mahu penonton kita menjadi seperti apa yang pernah berlaku di Eropah suatu masa dulu apabila ramai peminat hilang rasional semasa menyaksikan perlawanan bola sepak" - Shabery Chik, Menteri Belia dan Sukan.


Sebanarnya kalau kita baca,memang mcm tak ada apa2.Tapi Menteri Belia dan Sukan ni,ada kata yang penyokong kita dekat stadium ni 'pengacau bola sepak' sebab baling mercun dan botol.Memang sebelum ni,pernah jadi mcm tu,sbb penyokong fanatik dengan team kebangsaan kita.Tapi,sebelum beliau ckp mcm tu,beliau kena fikir jugak kenapa penyokong buat mcm tu.Mmg la nmpk teruk,bila penyokong kita buat mcm tu tapi kalau tak ada penyokong fanatik ni yg tak henti2 bagi semangat dekat team kita,siapa lagi yg akan buat mcm tu?Aku dapat tahu semua ni pun bukan lah sebab aku pegi mase tu,tapi terbace satu blog ni yg aku rasa antara ahli kelab penyokong team kebangsaan kita,'Ultras Malaya".Kalau nk tau lagi psl kelab ni,try klik dekat link ni.


Mane lah diorang ni tak marah,ahli-ahli penyokong kelab ni,datang bukannya semua dari KL ke ape,yg datang tu,dari jauh,yg dari Kedah,Johor,Kelantan and boleh kata dari semua negeri dekat negara kita ni.Cuba bayangkan,kalau tak ada nya penyokong yg fanatik mcm ni,rase2 nya stadium tu penuh dengan kerusi kosong je.Game tu dah la hari rabu,hari orang bekerja.Ada yg sanggup cuti kerja,dan ada yg sanggup ponteng kelas semata mata nk sokong team kebangsaan kita ni.Yg jadi persoalannya sekarang,ada ke Shabery Chik ni datang sokong team kita dekat stadium?Mase team kita main piala AFF tu ada ke dia tunjukkan sokongan dia?walhal dia Menteri Belia dan Sukan.Dia sibuk suruh kita sokong dan bagi semangat dekat team kebangsaan tapi dia cuma bagi semangat dengan bagi ganjaran kalau menang.Duit mmg antara apa yg player kita nak.tapi sokongan moral yg player kita perlukan sbenarnya..Tapi kita kena respect PM kita sebab sanggup duduk dekat Bukit Bintang tengok sama2 dengan rakyat masa piala AFF suzuki yg lepas.Menteri Belia dan Sukan ke mana?pergi tengok game EPL ke?Tak kesah lagi la sebenarnya kalau dia tak datang bagi sokongan,tapi dia boleh pulak ckp penyokong kita yg bakar flare tu semua 'pengacau bola sepak'.Rasa2 nya kalau diorang ni pengacau bola sepak,Safee Sali tak buat mcm ni..Sila  tengok video ye..

Safee Sali siap pergi kat penyokong tunjuk how much dia appreciate penyokong..Kalau dah player sendiri appreciate apa yg penyokong buat,apa lagi yg nak di kata?Apa2 pun sgt respect la kat ahli Ultras Malaya,korang memang bantu hidupkan blk semangat bola sepak tempatan.Harap2 lepas ni pasukan kebangsaan kita akan terus maju jaya.Kalah menang kita tetap sokong. "Harimau Malaya" pasukan kita,tak ada siapa lagi yg akan sokong kalau bukan kita.