Tak tahu la pulak kalau dia tak pandai baca ke or mata dah betul2 masalah..Tp tu okay la lagi,lps tu staff kt situ pun bgtau la,'maaf encik,sini non-smoking area,bos xkasi customer hisap rokok dekat sini'.Lps tu Encik Politik ni pun balas balik,'lantak bos kau lah.'.Dia pun dengan belagaknya hisap rokok dekat situ,hisap rokok pun,rokok ni,
Rokok seludup ni kawan2..Tak kesah la murah ke mahal kan, kerajaan punya la banteras rokok seludup.Polis sibuk rush kedai yg jual rokok2 cmni, tapi orang politik ni sendiri yg beli rokok seludup.Ni bukan nk mencari salah orang,tapi sebenarnya risau.Bukan apa,awak tu ahli politik,tak kira lah orang atasan ke,orang bawahan ke,tapi once dah join politik maknanya memang nak terlibat dalam pucuk pimpinan negara.Mcm mana,nak bangunkan negara,kalau diri sendiri pun tak betul?Mcm mana nak jadi contoh pada masyarakat kalau diri sendiri pun tak boleh nak patuh undang2 yg senang mcm tu?Ni baru yg nampak depan mata,yg jadi belakang masyarakat ni apa pulak?rasuah tu mmg dah tentu la.Entah apa lagi yg ahli2 politik ni buat.Mmg betul,tak semua ahli politik mcm tu.Ada yg betul2 nk bangunkan negara,bantu rakyat,bagi kemudahan dekat rakyat.Tapi,rasa2 nya mcm 3/4 ahli politik ni yg lagi pentingkan diri sendiri daripada pentingkan rakyat.Mmg la,kalau kita tengok politik negara lain pun lebih kurang je dengan kita,tapi kita tengok lah negara jiran kita,singapura.Rakyat negara tu,patuh undang2,nak buang sampah merata rata pun takut.Sebab apa?Rakyat negara tu hormat pada undang2.Kenapa rakyat hormat undang2 negara?sbb rakyat hormat pemimpin.Kenapa rakyat boleh hormat pemimpin?Sebab pemimpin tunjukkn contoh baik dan jalankan tanggungjawab sebagai pemimpin,membangunkan negara..Mungkin lah ada jugak kekurangan dalam pimpinan negara tu,tp why not kita amik contoh yg baik?Negara kita buat undang2 mcm mana sekalipun,tapi kalau org yg memimpin kita sendiri tak tunjuk contoh yg baik,mcm mana rakyat nk patuh undang2.Ni bukan nk membangkang ke or mengkritik pucuk pimpinan kita.Tidak sama sekali.Mmg kita bertuah sgt2 sbb negara kita aman damai,tak ada perang sana perang sini.Cukup semuanya.Yg bahagian tu mmg dah bagus,tapi kalau ahli2 politik yg memimpin kita ni tak betul,boleh ke negara kita ni bersaing dengan negara2 maju lain.Boleh ke negara kita capai status negara maju tahun 2020 nanti..Bukan nya tak bersyukur dgn apa yg negara kita ada,cuma sampai bila kita nak dipandang rendah?Orang barat,pandang rendah dekat orang asia,Kenapa?Sbb bila2 masa je kalau nak,dia boleh pijak kita.Tapi,diorang xpandang rendah dekat negara Jepun.Sebab,Jepun boleh jadi negara maju,setaraf dengan negara barat,even Hiroshima pernah musnah kena serang bom atom oleh Tentera Berikat masa 6 Ogos 1945 dulu.Sebab tu lah mantan Perdana Menteri kita,Tun Dr Mahathir mengasaskan 'Dasar pandang ke timur'(Jepun).Kenapa wujudnya asas ni?Cuba fikir,Jepun pun negara asia jugak,wilayah Jepun pun lagi besar dari negara kita,negara Jepun pun pernah musnah.Tapi sekarang negara Jepun antara negara yg paling maju di dunia.Kenapa orang Jepun boleh maju,tapi kita tak boleh?Asasnya semua dari pucuk pimpinan.Mungkin kita tak boleh lah nak salahkan pemimpin kita 100%,mungkin rakyat pun mainkan peranan.Tapi,sebelum rakyat mainkan peranan,pemimpin yg kena mainkan peranan penting.Pemimpin kena la tunjuk kan contoh yg betul,barulah rakyat hormat dan ikut ckp pemimpin.Baru lah negara kita boleh berkembang.Tanggungjawab pemimpin ni terlalu besar,sebab tu la tak ada diploma or ijazah utk jadi pemimpin.Sebab bukan semua org blh jadi pemimpin negara.Orang yg betul2 ada pendidikan dan tanggungjawab je blh jadi pemimpin.Masa pilihanraya,kita pergi undi,pangkah sana pangkah sini ,untuk pilih pemimpin.Tapi kita tahu ke yg dia boleh memimpin kita?Kita cuma pangkah nama calon yg dah sedia ada je.Kita memilih utk orang yg kita terpaksa pilih.Nama calon yg ada masa kita mengundi betul2 ke layak?Atau sebenarnya ada yg lagi layak?Mungkin aa calon yg sebenarnya lagi layak.Tapi di sebab kan orang tu,tak pengaruh ahli2 politik lain dengan projek dan duit,sebab tu dia xlayak jadi wakil parti?Sebab tu ahli parti tak sokong dia,so dia terus tak layak jadi wakil parti.Padahal,mungkin dia betul2 nak memimpin dengan cara yg betul.Kita pula cuma pangkah nama yg dah sedia ada.Tapi kita seniri tak tahu sebenarnya betul ke calon yg ada tu betul2 layak..Hentikan politik wang.Hentikan politik rasuah.Hentikan cakap kosong.InsyAllah negara kita akan berkembang maju.Sayangkan negara,sayangkan bangsa.Bukan janji yg diharapkan,tapi tanggungjawab yg terlaksana'.Tanah Tumpahnya Darahku.





